Adalah dengan ini dimaklumkan kepada semua warga pendidik myPAJAR agar dapat "menjengok" ke sekolah untuk "menangga" bilik kelas masing-masing kerana ada belakunya pembaikkan bangunan sekolah dibawah Pakej Ransangan Khas.
Bangunan yang terlibat ialah Blok B, Blok C, Makmal dan Tandas Murid. Kerja-kerja yang dilakukan adalah seperti berikut:
1. Memecah dan mengantikan semula kaki lima dan longkang.
2. Memecah dan menyemen semula (1 inci) lantai bilik kelas.
3. Menganti semula ceiling yang usang.
4. Mengecat luar dan dalam.
Sila pastikan semua barang sekolah (ABM dalam bilik kelas, peralatan KH, Sain dan PJK) dan peribadi dipindah dan disimpan dengan kadar SEGERA. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas semua kehilang atau kerosakan barang-barang tersebut.
Untuk melihat apa yang telah dibuat setakat 30 Mei 2013 sila klik ke menu PAKEJ RANCANGAN KHAS.
Sekian terima kasih.