Monday, 8 July 2013

MAJLIS ARWAH BULAN myPAJAR

Majlis Arwah Bulan myPAJAR telah diadakan di dewan myPAJAR pada jam 10:00 pagi 9 Julai 2013. Majlis yang sederhana dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang diketuai oleh Ustaz Roslan bin Yusuf.
Bacaan Doa Selamat
Bacaan Tahlil

 Selepas itu, seperti lazimnya .... apa lagi, makan beramai-ramai dengan perbagai juadah yang disedekah oleh setiap warga myPAJAR.




SORRY...ADA LAGI GAMBAR2 BELUM DIMUAT NAIK KERANA MASIH ADA YANG BELUM HANTAR.

Sunday, 7 July 2013

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Pelancaran Salam Ramadhan Al-Mubarak 2013
Majlis pelancaran Salam Ramadhan Al-Mubarak sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan/Puasa telah dilaksanakan pada perhimpunan hari Isnin 8 Julai 2013.

Puasa ialah satu daripada Rukun Islam yang wajib dikerjakan setiap Muslim. Puasa ialah menahan diri dari melakukan segala yang membatalkan pusa mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta dengan niat.

Pengagihan Kurma Kepada Semua Warga myPAJAR
Pengertian Ramadhan Mengikut Susunan Kalimah:
     Keredhaan Allah itu untuk orang yang taat.
     Keampunan Allah itu untuk orang yang taubat.
     Jaminan Allah itu untuk orang yang bertaqwa.
     Kemesraan Allah itu untuk orang yang bertawakkal.
     Anugerah Allah itu untuk orang yang benar.

Baju Terkini PJK myPAJAR




Imej terbaru pada baju PJK SK Pajar Sejingkat telah rasmi penggunaannya pada penggal kedua sesi persekolahan 2013. Logo myPAJAR melambangkan transformasi SK Pajar Sejingkat ke alaf baru.

Baju ini kini dalam dua bentuk iaitu berlengan pendek (RM15.00) dan berlengan pajang (RM17.00). Baju PJK ini boleh didapati/dibeli melalui Koperasi Sekolah yang diurus oleh Ustaz Mohammad Zaini bin Naemat. Jualan adalah terbuka kepada semua pelajar dan bekas pelajar SK Pajar Sejingkat.

Saturday, 1 June 2013

MAKLUMAN UNTUK SEMUA WARGA PENDIDIKAN myPAJAR

Adalah dengan ini dimaklumkan kepada semua warga pendidik myPAJAR agar dapat "menjengok" ke sekolah untuk "menangga" bilik kelas masing-masing kerana ada belakunya pembaikkan bangunan sekolah dibawah Pakej Ransangan Khas.

Bangunan yang terlibat ialah Blok B, Blok C, Makmal dan Tandas Murid. Kerja-kerja yang dilakukan adalah seperti berikut:
1. Memecah dan mengantikan semula kaki lima dan longkang.
2. Memecah dan menyemen semula (1 inci) lantai bilik kelas.
3. Menganti semula ceiling yang usang.
4. Mengecat luar dan dalam.

Sila pastikan semua barang sekolah (ABM dalam bilik kelas, peralatan KH, Sain dan PJK) dan peribadi dipindah dan disimpan dengan kadar SEGERA. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas semua kehilang atau kerosakan barang-barang tersebut.

Untuk melihat apa yang telah dibuat setakat 30 Mei 2013 sila klik ke menu PAKEJ RANCANGAN KHAS.

Sekian terima kasih.

Tuesday, 28 May 2013

Gawai Dayak

Perayaan Gawai Dayak

Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak. Ianya mula disambut secara besar-besaran semenjak tahun 1964 apabila ianya diisytiharkan sebagai perayaan rasmi. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah 1 Jun 1965.



Sebelum Gawai Dayak, pelbagai makanan dipersembahkan kepada dewa padi untuk hasil padi yang baik. Penyair akan membaca mentera khusus untuk upacara ini dan akan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.


Selepas itu, perayaan Gawai Dayak bermula secara rasmi. Sebatang pokok dikenali sebagai ‘rayai’ didirikan di tengah ruang dan dihias dengan makanan dan minuman. Lawatan atau ‘ngabang’ ke rumah kaum keluarga dan sahabat handai juga dilakukan. Pakaian tradisi dengan perhiasan manik dan perak dipakai pada hari itu. Pesta Gawai Dayak berakhir dengan penurunan pokok ‘rayai’.

Pesta Menuai

Tadau Kaamatan (Pesta Menuai)

Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Asal Usul Megavau
Menurut cerita lisan, Kinoingan (Tuhan) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".
Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai (Tangkob) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya (Kinoingan) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.