Gawai Dayak merupakan perayaan
yang disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak. Ianya mula disambut secara
besar-besaran semenjak tahun 1964 apabila ianya diisytiharkan sebagai perayaan
rasmi. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah 1 Jun 1965.
Sebelum Gawai Dayak, pelbagai
makanan dipersembahkan kepada dewa padi untuk hasil padi yang baik. Penyair
akan membaca mentera khusus untuk upacara ini dan akan melumur darah ayam
jantan pada bahan persembahan.
Selepas itu, perayaan Gawai Dayak
bermula secara rasmi. Sebatang pokok dikenali sebagai ‘rayai’ didirikan di
tengah ruang dan dihias dengan makanan dan minuman. Lawatan atau ‘ngabang’ ke
rumah kaum keluarga dan sahabat handai juga dilakukan. Pakaian tradisi dengan
perhiasan manik dan perak dipakai pada hari itu. Pesta Gawai Dayak berakhir
dengan penurunan pokok ‘rayai’.
Pesta Kaamatanatau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau
di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas
untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah
amalan secara tradisiKaum Kadazan-Dusunsejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini
biasanya diadakan selepas selesai menuaipadi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan
oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umumSabahsejak tahun 1960 lagi, olehTun Haji Mohamad Fuad
Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Asal Usul Megavau
Menurut
cerita lisan,Kinoingan(Tuhan) dan isterinyaSuminundumempunyai seorang anak perempuan yang
bernamaHuminodun. Untuk
menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak
mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak
kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut
adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan
berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang.
Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat
Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi
itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".
Bermula
dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan
(Pesta Menuai) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini
mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara
penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan
telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai (Tangkob) iaitu bekas tempat
menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita
akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan
Penciptanya (Kinoingan) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun
untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.